DI – Malaysia

MALESIA

Pernahkah anda terfikir jika anda boleh belajar ilmu pengajian Islam seperti bahasa Arab, Fiqh, Hadith dan sebagainya daripada guru-guru yang berkelayakan di rumah anda secara interaktif, atau pernahkah anda tercari-cari tempat di mana anda boleh belajar tentang agama anda tanpa perlu berhenti daripada pekerjaan anda, atau pernahkah anda terfikir yang anda boleh menyertai satu bentuk pengajian Islam secara berstruktur terus dari rumah anda?

Sekarang anda boleh mencapai impian anda melalui Darul Ilm, Birmingham.

Darul Ilm bukan sahaja menawarkan pengajian Alim dan Alimah; secara sepenuh masa dan sambilan di madrasah mereka di Birmingham, tetapi juga menyediakan kursus-kursus yang sama secara online melalui sistem yang inovatif, iaitu Wiziq.

Sukatan pengajian Darul Ilm memberikan perhatian yang terperinci dalam dua tahun pertama kepada Ilmu Tatabahasa Arab (Nahu) dan Fiqh, disertai juga dengan subjek-pengajian Islam yang lain seperti Tafsir Al-Qur’an dan pengajian Hadith dan kemuncaknya adalah pengajian Sunan Sittah.